Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Selamat Datang Ke Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Jabatan Matematik IPG KBM terletak di Tingkat 11, Menara IPG KBM. Jabatan Matematik digerakkan oleh seorang Ketua Jabatan dan empat orang pensyarah akademik yang dibantu oleh seorang Pembantu Am Pentadbiran.

Tuesday, July 27, 2010

Interaksi MT3313P di Masjid Putra, Putrajaya

Pengembaraan bermula...



Pensyarah pengiring memberi taklimat kepada pelajar setibanya di perkarangan
Masjid Putra. Turut serta, anak-anak beliau.

Aktiviti mengambil imej-imej transformasi.

Sedang berbincang imej-mej yang sesuai diambil.

Mengabadi kenangan di hadapan Masjid Putra.

Di akhir interaksi. Menjamu selera di restoran sate Hj Samuri Kajang.


Pelajar-pelajar berangkat pulang ke IPG KBM


Pada 24 Julai, 2010, Sabtu, seramai 22 orang pelajar dari kelas PPISMP 3G dan seorang Pensyarah pengiring dari Jabatan Matematik, Pn Nor Afizah Mohd Noor, telah menjalankan interaksi kelas Mathematics MT3313P di Masjid Putra, Putrajaya. Interaksi tersebut bukanlah sebarang lawatan sambil belajar tetapi merupakan interaksi biasa yang dijalankan di luar bilik kuliah selama 5 jam, yang bermula 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.

Objektif interaksi tersebut ialah untuk merealisasikan tajuk "Transformation" dengan kehidupan seharian yang telah dibincangkan di dalam bilik kuliah selama 4 minggu sebelum ini serta membantu pelajar melaksanakan tugasan projek yang telah diberi. Penerangan lanjutan objektif serta aktiviti interaksi Mathematics MT3313P di masjid Putra dijelaskan melalui slide yang ditunjukkan di bawah.

Semasa berada di Masjid Putra, kesemua pelajar bergerak di dalam kumpulan masing-masing untuk mengambil imej-imej transformasi seperti imej refleksi, translasi, putaran dan pembesaran dan juga contoh-contoh corak jubin yang boleh dikaitkan dengan rekaan transformasi. Pelajar-pelajar ini kelihatan begitu ceria sekali melaksanakan aktiviti-aktiviti mereka pada hari itu kerana suasana pembelajaran yang begitu berbeza daripada bilik kuliah yang biasa. Rakaman video interaksi kelas MT3313p di Masjid Putra boleh disaksikan lagi di http://budakkelasg.blogspot.com/


Diakhir interaksi, pelajar dapat mengambil imej-imej transformasi yang dikehendaki oleh Pensyarah di sekitar dan dalam Masjid Putra serta tidak melepaskan peluang bergambar kenang-kenangan di lokasi menarik di sekitar kawasan tersebut. Pn Nor Afizah juga mengambil kesempatan ini untuk membawa pelajar menjamu selera di bandar Kajang, sebuah bandar yang terkenal dengan satenya pada akhir interaksi kelas.

2 comments:

  1. Tahniah fiza atas kegigihan anda menyediakan blog yang menarik dan sentiasa dikemaskini. Teruskan usaha. Terima kasih atas perkongsian ilmu dalam blog juga.salam..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas sokongan. JPIPK diharap terus maju dalam penyelidikan.

    ReplyDelete