Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Selamat Datang Ke Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Jabatan Matematik IPG KBM terletak di Tingkat 11, Menara IPG KBM. Jabatan Matematik digerakkan oleh seorang Ketua Jabatan dan empat orang pensyarah akademik yang dibantu oleh seorang Pembantu Am Pentadbiran.

Monday, February 6, 2012

4 Model Operasi Tolak

Ada 4 jenis model operasi tolak yang boleh diperkenalkan konsepnya kepada kanak-kanak untuk mengukuhkan kefahaman mereka tentang operasi ini. Konsep-konsep ini mampu memberi persiapan dan pengetahuan yang lebih mendalam kepada murid-murid apabila mencuba matematik yang lebih sukar.

Model Take-away (keluarkan)
Model ini adalah yang paling biasa diperkenalkan apabila guru-guru mula memperkenalkan operasi tolak kepada murid-murid. Ia menerangkan kepada murid-murid bahawa konsep ini ialah mengeluarkan sebahagian objek dari set keseluruhan. Contohnya ada satu set objek yang terdiri daripada 10 biji epal. 3 daripadanya dikeluarkan. Murid-murid dikehendaki mencari baki buah epal yang tinggal. Dalam latihan operasi tolak seperti ini, murid-murid telah belajar bahawa penolakan bermakna mengeluarkan sebahagian objek daripada keseluruhan objek yang diberi.

5 triangles with 2 being taken out

3 triangles leftthe 2 triangles that were taken out

Model Pelengkap
Model ini bertujuan menyediakan murid-murid kepada algebra yang lebih mencabar. Dalam operasi tolak, murid-murid dikehendaki mencari nilai yang kurang supaya nilai itu dapat melengkapkan jumlah yang dikehendaki. Contohnya begini; 7 - ? = 10. Alat-alat manipulatif seperti blok ( guli, straw, biji getah dll) boleh digunakan untuk menerangkan konsep pelengkap ini.

Model Banding/Beza
Biasanya model ini digunapakai ketika meminta murid-murid mencari beza objek atau kuantiti daripada dua set objek atau dua kuantiti . Adalah tidak sesuai apabila meminta pelajar menggunakan konsep keluarkan objek untuk mencari beza dua set objek atau kuantiti tersebut. Contohnya; Jika Yasmin mempunyai 12 biji gula-gula manakala Amin mempunyai 7 biji gula-gula, berapa biji gula-gulakah Yasmin dapat lebih daripada Amin ? Contoh yang lain pula; Jika Nana berumur 7 tahun dan ibunya berumur 32 tahun, berapa tahun beza umur kedua-dua mereka ?

Model Whole-Part-Part (Sebahagian-keseluruhan)
Model ini melibatkan aktiviti mensubkategori objek. Contohnya;" Ben ada 15 biji kek untuk dijual. 8 daripada kek tersebut ialah kek mentega manakala selebihnya ialah kek pandan. Ada berapa bilangan kek bukan mentega ?". Dalam aktiviti menentukan subkategori, guru-guru boleh meminta pelajar mengumpulkan objek lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama tetapi berlainan disegi warna, rasa atau bentuk. Contohnya seperti gula-gula berperisa oren dan strawberi atau guli-guli yang mempunyai dua warna yang berbeza.