Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Selamat Datang Ke Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Jabatan Matematik IPG KBM terletak di Tingkat 11, Menara IPG KBM. Jabatan Matematik digerakkan oleh seorang Ketua Jabatan dan empat orang pensyarah akademik yang dibantu oleh seorang Pembantu Am Pentadbiran.

Wednesday, February 25, 2015

Semester 1, 2015

Ketua Jabatan : Pn Ruziaton Jamros
Pensyarah Kanan : Pn Nazimah Abdullah
Pensyarah Akademik : En Abraham Joseph Michael
                                   Pn Nor Afizah Mohd Noor
                                   Cik Vijayaletchumi Maniveloo
Pembantu Am : En Mohd Ramdzan  Bahari

Kursus-kursus Yang Ditawarkan Pada Semester 1, 2015

1. WAJ3052 - Literasi Nombor  - Kumpulan PISMP Sem 2
                        Pensyarah : Pn Nazimah Abdullah dan En Abraham Joseph Michael

2. GSA1072 - Statistik Asas - Kumpulan PPISMP Sem 2
                        Pensyarah : Pn Ruziaton Jamros, Pn Nor Afizah Mohd Noor dan
                        Cik Vijayaletchumi Maniveloo.

3. SCZ1064 - Kefahaman Sains dan Kemahiran Saintifik - Kumpulan PPISMP Sem 2
                       Pensyarah : En Abraham Joseph Michael

4. LNP2202W - Pendekatan Pengajaran Literasi Dan Numerasi - Kumpulan DPLI Sem 2
                           Pensyarah : Pn Nor Afizah Mohd Noor

Wednesday, January 9, 2013

Penyelesaian masalah tajuk pecahan bagi aras tinggi tahap 2 menggunakan kaedah gambarajah


Selamat Datang Pensyarah-pensyarah Baharu Jabatan Matematik IPG KBM 2013

Pihak Jabatan Matematik IPG KBM mengalu-alukan kedatangan 3 orang pensyarah baharu ke Jabatan Matematik IPG KBM yang melapor diri pada  5 Januari 2013. Kehadiran pensyarah-pensyarah ini telah menambah tenaga pengajar Jabatan Matematik dari 3 orang kepada 6 orang. Pihak Jabatan Matematik amat berbesar hati menerima kehadiran mereka dan berharap pensyarah-pensyarah ini dapat meningkatkan lagi mutu profesionalisme pensyarah IPG KBM dengan menyumbang kepakaran masing-masing dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan "The New IPG" terutamanya bagi kemajuan Jabatan Matematik IPG KBM itu sendiri.

Pensyarah yang dimaksudkan ialah;


En Abraham Joseph Michael dari IPG Kampus Teknik yang telah berkhidmat selama 32 tahun di Kementerian Pelajaran dan 20 tahun di IPG.

Pn Shamsazila Saaban dari SK Subang Bestari yang mempunyai pengalaman mengajar matematik selama 6 tahun.


Cik Vijayaletchumi Maniveloo dari SJK(T) Bestari Jaya di Bestari Jaya yang mempunyai pengalaman mengajar selama 18 tahun. Selamat datang diucapkan kepada mereka semua.