Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Selamat Datang Ke Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Jabatan Matematik IPG KBM terletak di Tingkat 11, Menara IPG KBM. Jabatan Matematik digerakkan oleh seorang Ketua Jabatan dan empat orang pensyarah akademik yang dibantu oleh seorang Pembantu Am Pentadbiran.

Monday, September 27, 2010

Perhimpunan Bulanan Dan Sambutan Idulfitri IPG KBM





Pada hari Isnin, bersamaan 27 September, IPG KBM telah mengadakan perhimpunan rasmi bulanan dan sambutan Hari Raya Idulfitri peringkat IPG KBM, bertempat di Dewan Za'ba bermula jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Program ini dikelolakan secara bersama oleh Jabatan Matematik, Unit Kokurikulum, Unit Praktikum serta pelajar-pelajar PIMP Semester 6.

Sambutan Hari Raya tersebut disambut dengan hiasan dewan bertemakan hari raya yang penuh warna-warni dengan lampu-lampu 'kelip-kelip', pelita-pelita, kad-kad ucapan Hari Raya, ketupat-ketupat hiasan serta set pentas yang menggambarkan sambutan Hari Raya dalam suasana desa. Acara sambutan Hari Raya pada hari itu dipenuhi dengan suasana riang gembira dengan persembahan dari kumpulan pesilat Cekak Hanafi pada pembukaan perhimpunan menyambut kedatangan Pengarah IPG KBM, sketsa Hari Raya pelajar-pelajar PISMP Semester 6 serta nyayian lagu Hari Raya, persembahan nyayian lagu Hari Raya dari pensyarah-pensyarah Jabatan Matematik, Unit Kokurikulum dan Unit Praktikum serta pelancaran blog ketiga-tiga jabatan dan unit tersebut.

Pihak IPG KBM, amat berbesar hati kepada Pn Halimah, pengusaha kantin IPG KBM yang bermurah hati menaja jamuan Hari Raya pada akhir program untuk seramai 904 pelajar, 135 pensyarah IPG KBM dan 79 staf sokongan.