Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Selamat Datang Ke Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Jabatan Matematik IPG KBM terletak di Tingkat 11, Menara IPG KBM. Jabatan Matematik digerakkan oleh seorang Ketua Jabatan dan empat orang pensyarah akademik yang dibantu oleh seorang Pembantu Am Pentadbiran.

Wednesday, November 10, 2010

Mesyuarat Induksi Program Linus IPG Zon Selatan




Satu mesyuarat Induksi Program Linus ( Literacy and Numeracy Screening) Peringkat IPG Zon Selatan telah diadakan di Hotel Selesa, Johor Baharu pada 8 hingga 10 November. Sebagai tuan rumah, IPG KBM telah menghantar 10 orang wakil termasuk 2 orang urusetia dari Unit Kewangan manakala seramai 37 orang peserta dari 7 buah IPG Zon Selatan telah menghadirkan diri ke masyuarat ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr Mashudi Bahari merangkap Jurulatih Utama Program Linus Zon Selatan.

Jabatan Matematik IPG KBM telah diwakili oleh 3 orang pensyarah iaitu Pn Azizan Yeop Zaharie, Pn Ramlah Ahmad sebagai fasilitator bengkel LINUS pada mesyuarat tersebut dan Pn Nor Afizah Mohd Noor. Puan Soriah Abdullah, Pengarah IPG KBM telah sudi hadir untuk merasmikan mesyuarat walaupun akan mula bersara pada 10 November 2010. Majlis tersebut merupakan majlis rasmi terakhir yang dihadiri beliau maka pihak jawatankuasa LINUS Zon Selatan, terutamanya Dr Mashudi rasa terharu dan berbesar hati dengan kesudian beliau menghadirkan diri merasmikan Mesyuarat Induksi LINUS di sana. Pada hari terakhir, Mesyuarat Induksi ditutup dengan penyampaian Sijil Penyertaan Kursus Induksi LINUS kepada semua peserta yang disempurnakan oleh En Mohd Yusof Saad, salah seorang Jurulatih Utama dari IPG KBM.