Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Selamat Datang Ke Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Jabatan Matematik IPG KBM terletak di Tingkat 11, Menara IPG KBM. Jabatan Matematik digerakkan oleh seorang Ketua Jabatan dan empat orang pensyarah akademik yang dibantu oleh seorang Pembantu Am Pentadbiran.

Friday, July 9, 2010

Jaimi Escalante Meninggal Dunia Pada Usia 79 ; Guru Matematik Yang Mencetus Filem "Stand And Deliver"

Jaime Escalante, seorang bekas guru Sekolah Tinggi Los Angeles Timur, Amerika , yang berkarismatik dan telah berjaya membuktikan pelajar-pelajar bermasalah boleh menguasai subjek mencabar seperti Kalkulus, meninggal dunia pada 31 March 2010, pada usia 79 tahun. Menurut Edward James Olmos, yang memegang watak Escalante dalam filem "Stand and deliver" , Escalante mengidap kanser pundi, meninggal dunia di rumah anak lelakinya di Roseville, California.
"Jaime Escalante bukan sahaja mengajar Matematik. Seperti guru-guru hebat yang lain, Escalante juga merubah kehidupan " Kata Olmos sebulan sebelum Escalante meninggal dunia ketika beliau menganjurkan tabung amal untuk Escalante yang mempunyai bil perubatan tertunggak yang banyak.


Escalante meraih perhatian seluruh masyarakat Amerika dan menjadi terkenal selepas berlaku isu kontroversi pada tahun 1982 apabila 14 pelajar beliau dari Garfield High School, sebuah sekolah tinggi di California yang majoritinya pelajar Hispanic atau Mexican American yang bermasalah dari kelas bawahan, lulus cemerlang dalam Peperiksaan Penempatan Kalkulus Lanjutan (Advanced Calculus Placement), dimana semua pelajar beliau dituduh sebagai menipu dalam peperiksaan.

Edward James Olmos yang memegang watak Escalante dalam "Stand and Deliver"

Kisah perjuangan mempertahankan keputusan cemerlang pelajar-pelajar beliau yang akhirnya terbukti benar selepas peperiksaan yang lebih susah untuk kali kedua dijalankan dan payah jerih Escalante memperjuangkan kesamaan hak dalam pendidikan dan mengikis prejudis terhadap pelajar-pelajar Hispanik atau Mexican American yang bermasalah, telah mencetuskan filem "Stand And Deliver " pada tahun 1988. Akhirnya Jaime Esclante seorang guru pertengahan usia dan immigran dari Bolivia telah menjadi seorang guru yang paling terkenal di Amerika.




Escalante seorang guru yang selalu berbeza pendapat dengan rakan-rakan setugas di sekolah beliau tetapi beliau berjaya memukau minat pelajar-pelajar beliau terhadap Matematik dengan cara menghiburkan, sentiasa memberi semangat dan menjadikan pelajar-pelajar beliau sebagai rakan-rakannya. Pengajaran Matematik beliau bukan sahaja dijalankan di kelas-kelas sahaja malah terus berjalan di luar waktu persekolahan. Minat terhadap Matematik telah berjaya ditanamkan kepada pelajar-pelajar Hispanik yang bermasalah disiplin yang mana selama ini pelajar-pelajar ini selalu dipandang rendah dan diabaikan. Guru-guru dari seluruh Amerika telah datang melihat bagaimana Escalante mengajar dan berjaya meletakkan Garfield High School sebuah sekolah bermasalah , sebagai sekolah yang paling cemerlang di Amerika dalam Peperiksaan Penempatan Kalkulus Lanjutan untuk beberapa tahun berturut-turut.

Menurut Gaston Caperton, mantan Gabenor Virginia Barat, dan juga Presiden Lembaga Kolej
" Jaime telah meninggalkan legasi yang mendalam dan pengalaman pahit dalam memperjuangkan persamaan hak peluang pendidikan di Amerika. Kepercayaan beliau begitu tinggi bahawa semua pelajar mampu membuat persediaan yang baik dan patut diberi motivasi, boleh berjaya dalam subjek yang mencabar, tanpa mengira latarbelakang kaum, sosial dan ekonomi."

Sepanjang hayat, Jaime Escalante telah menerima pelbagai anugerah dalam pendidikan termasuklah The Presidential Medal of Excellence dan dinobatkan sebagai National Teachers Hall of Fame dalam tahun 1999.

No comments:

Post a Comment