Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Selamat Datang Ke Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Jabatan Matematik IPG KBM terletak di Tingkat 11, Menara IPG KBM. Jabatan Matematik digerakkan oleh seorang Ketua Jabatan dan empat orang pensyarah akademik yang dibantu oleh seorang Pembantu Am Pentadbiran.

Wednesday, July 7, 2010

Pernah Anda Dengar Tentang Tangram ?

Apa itu tangram ? Mungkin ada yang belum pernah mendengarnya. Tangram ialah sejenis permainan cantuman zaman dahulukala yang berasal dari negara China. Ia merupakan kepingan-kepingan yang dipotong pelbagai bentuk yang asalnya adalah sebuah segiempat sama. Kepingan-kepingan ini berjumlah sebanyak tujuh keping yang mana setiap keping dipanggil 'tan'.





Tangram dalam bidang matematik adalah tidak asing lagi kerana ia merupakan bahan bantu mengajar yang boleh diaplikasikan dalam tajuk-tajuk Geometri seperti Luas Dan Perimeter , Bentuk-bentuk 2D , dan seumpamanya. Setiap tan dicantum dan disusun untuk membentuk pelbagai imej seperti orang, haiwan, huruf-huruf serta objek-objek lain seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Anda boleh mencabar rakan-rakan anda menyusun ketujuh-tujuh tan untuk membentuk imej-imej yang dikehendaki tanpa menunjukkan lakaran cantuman tan pada imej-imej tersebut seperti rajah-rajah dibawah. Marilah cuba imej-imej di bawah sekarang atau layari di http://tangrams.ca/puzzles/puzzles.htm untuk mencuba imej-imej yang lain.

No comments:

Post a Comment