Masalah-masalah matematik boleh dikategorikan kepada berbagai-bagai bentuk. walaupun demikian, ada kalanya kita dapati ada masalah yang bertindih kategorinya.
Masalah rutin
Masalah-masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam penyelesaiannnya dikategorikan sebagai masalah rutin. masalah-masalah rutin hanya memerlukan pelajar memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya diketahui oleh pelajar. walaubagaimana pun masalah-masalah matematik yang rutin ada fungsinya kerana ia:
- memberi latihan dalam ingatan fakta-fakta asas dan langkah-langkah yang berturutan
- mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam operasi-operasi asas
- memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tenteng perkaitan di antara sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar.
Masalah rutin adalah masalah yang diketahui jalan penyelesainnya dengan satu strategi mudah
Apabila menyelesaikan masalah-masalah rutin, pelajar perlu mengenalpasti:
- Apakah soalannya yang perlu dijawab
- fakta-fakta atau nombor-nombor yang perlu digunakan
- Operasai-operasi matematik yang sesuai digunakan
- anggaran nilai penyelesaian
Masalah bukan rutin
Sudah tentu masalah-masalah bukan rutin memerlukan proses-proses yang lebih tinggi daripada yang terlibat dalam penyelesaian masalah-masalah rutin. Kejayaan dalam penyelesaian masalah-masalah bukan rutin bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur menyelesaikannya adalah tidak diketahui pelajar. Masalah-masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza-beza. Nyata sekali pelajar dikehendaki menggunakan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah bukan rutin.
Masalah bukan rutin perlu diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif
Masalah-masalah bukan rutin harus digunakan dalam program matematik sekolah rendah kerana boleh;
- mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah
- membekalkan peluang kepada pelajar untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah penyelesaian masalah dengan pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik.
- mendorong pelajar untuk menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik
- mengembangkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis berbanding dengan hafalan petua, peraturan dan fakta tanpa kefahaman.
terima kasih :)
ReplyDeletetrima kasih krana membantu saya dan partner saya dalam membuat presentation.
ReplyDeletetrimas juga..saya dan partner saya di atas telah membuat presentation dgn jayanya..hoorray!
ReplyDeletetrima kasih jugak...hehehe
ReplyDeleteThanks for this info...really handy for our kkp...
ReplyDelete