Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Selamat Datang Ke Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Jabatan Matematik IPG KBM terletak di Tingkat 11, Menara IPG KBM. Jabatan Matematik digerakkan oleh seorang Ketua Jabatan dan empat orang pensyarah akademik yang dibantu oleh seorang Pembantu Am Pentadbiran.

Saturday, June 5, 2010

Selamat Bercuti


Kedatangan cuti antara semester bagi tahun 2010, sememangnya dinanti-nantikan oleh pelajar-pelajar IPG KBM setelah penat mentelaah untuk Peperiksaan Mei 2010. Cuti antara semester yang bermula pada 6 Jun telahpun dirasakan pada 5 Jun lagi apabila pelajar-pelajar mula meninggalkan asrama masing-masing, untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar KDC Jun 2010 yang akan mendaftar pada 6 Jun. Pelajar-pelajar yang akan menghabiskan 3 minggu cuti kelihatan begitu ceria membawa beg masing-masing menuju ke destinasi kampung halaman yang dirindui. Kami di Jabatan Matematik IPG KBM, ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar-pelajar IPG KBM. Penuhilah masa anda dengan aktiviti berfaedah dan bermakna. Dalam masa yang sama, kami juga mengucapkan selamat mendaftar kepada pelajar-pelajar KDC Jun 2010.

No comments:

Post a Comment