Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Selamat Datang Ke Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Jabatan Matematik IPG KBM terletak di Tingkat 11, Menara IPG KBM. Jabatan Matematik digerakkan oleh seorang Ketua Jabatan dan empat orang pensyarah akademik yang dibantu oleh seorang Pembantu Am Pentadbiran.

Friday, June 25, 2010

Ramanujan : Ahli Matematik Terbilang Abad ke 20

Srinivasa Ramanujan

Srinivasa Aiyangar Ramanujan atau Srinivasa Iyangar Ramanujan ( 22 Disember 1887-26 April 1920) adalah seorang ahli matematik yang berasal dari India yang telah dianugerahkan jolokan The Greatest Mathematician of 20th Century. Beliau belajar secara bersendirian tanpa pendidikan dan latihan formal dalam bidang matematik tulen namun beliau telah memberi sumbangan besar terhadap Analisis Matematik, Siri Infinit dan Pecahan Berterusan.

Dilahirkan dan dibesarkan di Erode, Tamil Nadu, India, Ramanujan mula belajar matematik secara formal pada usia 10 tahun. Beliau telah mempamerkan bakat semulajadi dan telah dianugerahkan buku tentang Trigonometri Lanjutan yang ditulis oleh S.L.Loney. Pada usia 12 tahun, Ramanujan berjaya menguasai trigonometri tersebut. Bukan itu sahaja, beliau telah mencipta teori-teori beliau sendiri. Ramanujan telah menunjukkan bakat yang luarbiasa di sekolah dan telah memenangi pelbagai anugerah kerana kepintaran beliau itu.

Pada usia 17 tahun, Ramanujan telah menjalankan kajian matematik beliau sendiri tentang Nombor Bernoulli dan Konstan Euler-Mascheroni. Beliau berjaya menerima biasiswa untuk meneruskan pengajian di Kolej Kerajaan di Kumbakonam. Malangnya beliau gagal dalam kursus bukan matematik dan disingkirkan dari kolej tersebut. Kemudian beliau memasuki kolej yang lain dengan kajian tersendiri sambil bekerja sebagai kerani di Pejabat Akauntan Negara di Madras Port Trust Office untuk menampung pengajiannya. Dalam tahun 1912-1913 beliau telah menghantar sampel teori-teori matematik beliau ke tiga jabatan akademik di Cambridge University. Hanya GH Hardy mengiktiraf penemuan pintar Ramanujan , lantas Ramanujan dijemput bekerja dengan Hardy di Cambridge University. Ramanujan telah dilantik sebagai Fellow of Royal Society dan Fellow of Trinity College, Cambridge. Tetapi pada usia 32 tahun, Ramanujan telah dihinggapi penyakit, juga kekurangan zat pemakanan dan mungkin mengidap jangkitan hati yang menyebabkan beliau meninggal dunia pada usia yang muda.

Dalam jangka hayat yang pendek, Ramanujan secara peribadi telah mengumpulkan 3900 penyelesaian matematik terutamanya bagi tajuk identiti dan persamaan. Kebanyakan teori beliau dibuktikan benar pada hari ini. Beliau telah menghasilkan Perdana Ramanujan dan Fungsi Theta Ramanujan yang telah mencetuskan kajian lanjutan yang begitu banyak. Baru-baru ini, formula-formula ciptaan Ramanujan telah diaplikasikan dalam Crystallography dan Teori String. Ramanujan Journel, satu penerbitan antarabangsa telah dilancarkan untuk menerbit kajian-kajian ilmiah dalam pelbagai tajuk matematik yang diilhamkan dari hasil kerja Ramanujan.

No comments:

Post a Comment