Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Selamat Datang Ke Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Jabatan Matematik IPG KBM terletak di Tingkat 11, Menara IPG KBM. Jabatan Matematik digerakkan oleh seorang Ketua Jabatan dan empat orang pensyarah akademik yang dibantu oleh seorang Pembantu Am Pentadbiran.
Showing posts with label Tahukah Anda ?. Show all posts
Showing posts with label Tahukah Anda ?. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

Pernah Anda Dengar Tentang Tangram ?

Apa itu tangram ? Mungkin ada yang belum pernah mendengarnya. Tangram ialah sejenis permainan cantuman zaman dahulukala yang berasal dari negara China. Ia merupakan kepingan-kepingan yang dipotong pelbagai bentuk yang asalnya adalah sebuah segiempat sama. Kepingan-kepingan ini berjumlah sebanyak tujuh keping yang mana setiap keping dipanggil 'tan'.





Tangram dalam bidang matematik adalah tidak asing lagi kerana ia merupakan bahan bantu mengajar yang boleh diaplikasikan dalam tajuk-tajuk Geometri seperti Luas Dan Perimeter , Bentuk-bentuk 2D , dan seumpamanya. Setiap tan dicantum dan disusun untuk membentuk pelbagai imej seperti orang, haiwan, huruf-huruf serta objek-objek lain seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Anda boleh mencabar rakan-rakan anda menyusun ketujuh-tujuh tan untuk membentuk imej-imej yang dikehendaki tanpa menunjukkan lakaran cantuman tan pada imej-imej tersebut seperti rajah-rajah dibawah. Marilah cuba imej-imej di bawah sekarang atau layari di http://tangrams.ca/puzzles/puzzles.htm untuk mencuba imej-imej yang lain.

Friday, July 2, 2010

Kisah Pi ( π )

Nisbah ukurlilit kepada diameter sesuatu bulatan diwakilkan dengan simbol π , satu abjad Greek yang diperkenalkan pada awal 1700 Masihi. Ahli matematik Greek telah menganggarkan nilai π bersamaan 3 tetapi Archimedes telah memperbaiki nilai anggaran ini kepada satu nilai yang terletak antara 223/71 dan 22/7. Ahli matematik moden telah menggunakan komputer berkelajuan tinggi untuk mendapatkan nilai π yang paling tepat.

Pengiraan nilai π menggunakan komputer pertama kali dilakukan pada September 1949 dengan menggunakan ENIAC (Elektronic Numerical Integrator and Computer ). Cara itu telah mengambil masa selama 70 jam untuk mendapatkan nilai π kepada 2037 tempat perpuluhan. Rekod terkini pengiraan nilai π telah dilakukan oleh Profesor Yasumasa Kanada daripada University of Tokyo pada tahun 1995 dimana beliau mengira 6 442 450 000 tempat perpuluhan bagi nilai π dengan menggunakan mesin Hitac S-3800/480.

Bagaimana simbol π mula digunakan tidaklah diketahui secara tepat. Seorang ahli matematik Welsh, William Jones, 1706 telah menyatakan " 3.14159 andc. = π " . Kemudian Leonard Euler (1707-1783) telah menggunakan simbol ini pada tahun 1737 yang kemudian telah digunapakai sehingga hari ini