Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Selamat Datang Ke Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Jabatan Matematik IPG KBM terletak di Tingkat 11, Menara IPG KBM. Jabatan Matematik digerakkan oleh seorang Ketua Jabatan dan empat orang pensyarah akademik yang dibantu oleh seorang Pembantu Am Pentadbiran.

Monday, December 20, 2010

Selamat Bersara Kepada Puan Soriah Abdullah


Kami warga Jabatan Matematik IPG KBM mengucapkan selamat bersara kepada Pengarah IPG KBM Puan Soriah Abdullah yang bersara pada 10 N0vember 2010. Jasa dan pengorbanan Puan untuk IPG KBM tetap dikenang. Semoga kehidupan Puan selepas bersara lebih bermakna dan lebih tenang bersama ahli keluarga tercinta. Semoga panjang umur dan berbahagia selalu.

Wednesday, November 10, 2010

Mesyuarat Induksi Program Linus IPG Zon Selatan




Satu mesyuarat Induksi Program Linus ( Literacy and Numeracy Screening) Peringkat IPG Zon Selatan telah diadakan di Hotel Selesa, Johor Baharu pada 8 hingga 10 November. Sebagai tuan rumah, IPG KBM telah menghantar 10 orang wakil termasuk 2 orang urusetia dari Unit Kewangan manakala seramai 37 orang peserta dari 7 buah IPG Zon Selatan telah menghadirkan diri ke masyuarat ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr Mashudi Bahari merangkap Jurulatih Utama Program Linus Zon Selatan.

Jabatan Matematik IPG KBM telah diwakili oleh 3 orang pensyarah iaitu Pn Azizan Yeop Zaharie, Pn Ramlah Ahmad sebagai fasilitator bengkel LINUS pada mesyuarat tersebut dan Pn Nor Afizah Mohd Noor. Puan Soriah Abdullah, Pengarah IPG KBM telah sudi hadir untuk merasmikan mesyuarat walaupun akan mula bersara pada 10 November 2010. Majlis tersebut merupakan majlis rasmi terakhir yang dihadiri beliau maka pihak jawatankuasa LINUS Zon Selatan, terutamanya Dr Mashudi rasa terharu dan berbesar hati dengan kesudian beliau menghadirkan diri merasmikan Mesyuarat Induksi LINUS di sana. Pada hari terakhir, Mesyuarat Induksi ditutup dengan penyampaian Sijil Penyertaan Kursus Induksi LINUS kepada semua peserta yang disempurnakan oleh En Mohd Yusof Saad, salah seorang Jurulatih Utama dari IPG KBM.

Saturday, October 30, 2010

Hari Anugerah Inovasi 2010









IPG KBM telah mengadakan Hari Anugerah Inovasi 2010 bertemakan "Pedagogi Pemacu Kualiti Profesionalisme Keguruan" pada 27 dan 28 Oktober 2010, bertempat di Dewan Za'ba dengan jayanya. Jabatan Matematik IPG KBM pada tahun ini hanya diwakili oleh satu penyertaan sahaja bagi kategori Inovasi Pensyarah dengan tajuk "Penggunaan Geometer's Sketchpad Dalam Tajuk Transformation ", oleh Pn Nor Afizah Mohd Noor. Jabatan Matematik turut mengambil bahagian dalam pameran inovasi dimana hasil-hasil kerja kursus pelajar-pelajar PISMP Semester 2 bagi subjek 'Numerical Literacy' dipamerkan.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dr. Noryati binti A. Rashid, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, IPG KPM. Turut serta dlam majlis ini ialah Pengarah yang disayangi, Puan Soriah binti Abdullah dan Timbalan Pengarah, Puan Hajah Jamaliah binti Mohd Salleh.

Jabatan Matematik tidak memenangi sebarang anugerah tetapi tahniah kepada Pn Nor Afizah yang dibantu oleh dua orang pelajar PPISMP 3G, Shuhaimi Nazri dan Eizzuddin Azman kerana kesungguhan yang ditunjukkan semasa menyertai pertandingan inovasi tersebut. Tahniah juga kepada Pn Azizan Yeop Zaharie , Ketua Jabatan Matematik yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan Jabatan Matematik sejak dari awal penyertaan. Jabatan Matematik berharap lebih banyak penyertaan dihantar terutamanya dari kalangan pelajar pada tahun hadapan. Setingi-tinggi tahniah juga kepada Jabatan Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG KBM yang berjaya menganjurkan Hari Anugerah Inovasi tersebut.