Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Selamat Datang Ke Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Jabatan Matematik IPG KBM terletak di Tingkat 11, Menara IPG KBM. Jabatan Matematik digerakkan oleh seorang Ketua Jabatan dan empat orang pensyarah akademik yang dibantu oleh seorang Pembantu Am Pentadbiran.

Tuesday, March 10, 2015

Konsep Tolak Yang Betul Melalui Diagram

Masih ada guru-guru yang keliru dengan konsep tolak yang lebih dikenali sebagai take away apabila mewakilkan operasi tolak dalam bentuk gambar-gambar objek.
Ada guru-guru menggambarkan operasi tolak seperti rajah di bawah;

Image result for subtraction

Image result for subtraction

Rajah-rajah  di atas tidak menunjukkan kumpulan objek itu ditolak atau telah berlaku take away. Rajah seperti di atas adalah bersesuaian untuk menggambarkan operasi tambah seperti berikut; 



Operasi tolak boleh digambarkan dengan simbol-simbol seperti palang (/) , pangkah (X), simbol dikeluarkan dari set objek, belon yang pecah dari sekumpulan belon-belon, kertas cup cake yang kosong dari sekumpulan cup cake yang masih belum dimakan, dan sebagainya. Contoh gambaran konsep tolak yang betul adalah seperti berikut.



Image result for subtraction for kids




Image result for subtraction for kids




Wednesday, February 25, 2015

Semester 1, 2015

Ketua Jabatan : Pn Ruziaton Jamros
Pensyarah Kanan : Pn Nazimah Abdullah
Pensyarah Akademik : En Abraham Joseph Michael
                                   Pn Nor Afizah Mohd Noor
                                   Cik Vijayaletchumi Maniveloo
Pembantu Am : En Mohd Ramdzan  Bahari

Kursus-kursus Yang Ditawarkan Pada Semester 1, 2015

1. WAJ3052 - Literasi Nombor  - Kumpulan PISMP Sem 2
                        Pensyarah : Pn Nazimah Abdullah dan En Abraham Joseph Michael

2. GSA1072 - Statistik Asas - Kumpulan PPISMP Sem 2
                        Pensyarah : Pn Ruziaton Jamros, Pn Nor Afizah Mohd Noor dan
                        Cik Vijayaletchumi Maniveloo.

3. SCZ1064 - Kefahaman Sains dan Kemahiran Saintifik - Kumpulan PPISMP Sem 2
                       Pensyarah : En Abraham Joseph Michael

4. LNP2202W - Pendekatan Pengajaran Literasi Dan Numerasi - Kumpulan DPLI Sem 2
                           Pensyarah : Pn Nor Afizah Mohd Noor